Pelaporan Sepanjang Masa (PSM / JKKP8)

Creation date: 07/04/2025 09:59    Updated: 10/04/2025 23:38

1. Penghantaran JKKP8 bagi Tahun Sebelumnya

1.1 Cara Mengisi Maklumat Pelaporan bagi Tahun Terdahulu (Contoh: 2024, 2023, 2022, dan sebagainya)

  1. Klik butang “Profil Tahun”, kemudian pilih tahun pelaporan yang dikehendaki (iaitu tahun sebelum tahun semasa).

  2. Klik “Pelaporan Baru – JKKP6, JKKP7 dan JKKP8” untuk mengisi maklumat pemberitahuan.

  3. Rujukan Manual:


1.2 Isu Berkaitan Peranan PATK Tahap 2

  • Wakil yang berstatus PATK Tahap 2 tidak dibenarkan untuk mengisi pelaporan JKKP8.

  • Pemohon perlu memohon status PATK Tahap 1 untuk mendapatkan kebenaran sebagai Majikan.

  • Paparan akan berubah kepada Majikan – PATK Tahap 1 setelah diluluskan.

  • Rujukan:
    Manual Permohonan PATK Tahap 1
    Klik di sini


1.3 Menentukan Tahun Pelaporan untuk Setiap Pemberitahuan

Jenis BorangRujukan Tarikh
JKKP6 / JKKP8 / JKKP9Tarikh Kejadian (rujuk paparan Maklumat Kejadian Kemalangan)
JKKP7 / JKKP10Tarikh Diagnosis (rujuk paparan Data Keracunan dan Penyakit Pekerjaan)

1.4 Penggabungan Maklumat Pemberitahuan yang Telah Dihantar pada Tempat Kerja Berbeza

  • Sekiranya maklumat telah dihantar di bawah nombor pendaftaran tempat kerja yang berbeza (tetapi nama tempat kerja sama), pemohon perlu menghantar semula pemberitahuan menggunakan nombor pendaftaran terkini.

  • Rumusan pelaporan akan dikemas kini secara automatik setelah pemberitahuan dihantar.



2. Hantar Perakuan Pelaporan JKKP8

2.1 Jika Tiada Kes Dilaporkan (Tiada JKKP6, JKKP7, JKKP8, JKKP9, JKKP10)

  • Rumusan JKKP8 akan tunjuk 0 kes.

  • Pastikan Profil Tahun telah dikemaskini.

  • Klik butang “Hantar Perakuan JKKP8”.

  • Boleh muat turun Slip Perakuan selepas penghantaran.


2.2 Jika Ada Kes Dilaporkan

  • Semak semua maklumat pemberitahuan dan rumusan JKKP8.

  • Kemaskini Profil Tahun.

  • Klik “Hantar Perakuan JKKP8” untuk sahkan laporan.


2.3 Nama Pemberitahu Tidak Sama di Pelaporan JKKP8 dan Slip Perakuan

  • Pemohon lain berkemungkinan sudah menghantar laporan bagi tempat kerja yang sama.

  • Klik “Hantar Semula Perakuan JKKP8” untuk kemaskini nama pemberitahu.

  • Sistem akan kemaskini maklumat laporan, slip dan tarikh perakuan terkini.


2.4 Nak Tukar Maklumat Selepas Perakuan Dihantar

  • Kemas kini maklumat JKKP6 / JKKP7 / JKKP8 / JKKP9 / JKKP10 seperti biasa.

  • Kemaskini Profil Tahun jika diperlukan.

  • Klik butang “Hantar Semula Perakuan JKKP8”.

  • Sistem akan kemaskini semua maklumat dan keluarkan Pelaporan JKKP8 beserta Slip Perakuan terbaru.



3. Semak & Kemas Kini Maklumat Pemberitahuan

3.1 Untuk JKKP6 / JKKP8 / JKKP9

  • Jika tempat kerja mangsa dan pemberitahu sama:

    • Pergi ke halaman Senarai Permohonan Pemberitahu.

    • Pergi ke tab Kemalangan Pekerjaan atau Kejadian Berbahaya (Pelaporan Sepanjang Masa). 

  • Jika berbeza:

    • Tetap boleh akses maklumat di tab yang sama cuma menggunakan akaun Tempat Kerja Mangsa.


3.2 Untuk JKKP7 / JKKP10

  • Jika tempat kerja mangsa dan pemberitahu sama:

    • Pergi ke halaman Senarai Permohonan Pemberitahu

    • Pergi ke tab Keracunan & Penyakit Pekerjaan (Pelaporan Sepanjang Masa).

  • Jika berbeza:

    • Akses masih melalui tab yang sama cuma menggunakan akuan Tempat Kerja Mangsa.


3.3 Di Mana Senarai Pemberitahuan Dipaparkan?

Semua maklumat akan dipaparkan ikut jenis kes:

   o  Paparan JKKP6 / JKKP8 / JKKP9


      • Jika Klasifikasi Kemalangan adalah Maut / Hilang Upaya Kekal (HUK) / Tidak Hilang Upaya Kekal (THUK) : Tab JKKP8 – Tab Kemalangan Pekerjaan
      • Jika Klasifikasi Kemalangan adalah Bukan Kemalangan Pekerjaan / Kes Duplikasi : Tab Bukan JKKP8 – Tab Kemalangan Pekerjaan

   o Paparan JKKP6 – Kejadian Berbahaya


      • Kejadian Berbahaya yang dihantar pemohon : Tab JKKP8 – Tab Kejadian Berbahaya
      • Jika Kejadian Berbahaya adalah Kes Duplikasi : Tab Bukan JKKP8 – Tab Kejadian Berbahaya   

   o Paparan JKKP7 / JKKP10


  • Jika Kategori Keracunan / Penyakit Pekerjaan adalah Maut / Hilang Upaya Kekal (HUK) / Tidak Hilang Upaya Kekal (THUK) : Tab JKKP8 – Tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan
  • Jika Kategori Keracunan / Penyakit adalah Non Occupational Diseases (NON) / Kes Duplikasi : Tab Bukan JKKP8 – Tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan

3.4 Cara Kemas Kini Maklumat Pemberitahuan

JenisCara Kemas Kini
JKKP6 / Kejadian BerbahayaKlik butang JKKP9 & hantar semula perakuan
JKKP8Klik butang Lihat JKKP8 & hantar semula perakuan
JKKP7Hanya boleh kemas kini jika diarahkan oleh pegawai untuk mengemaskini JKKP10
Bukan Kemalangan / NON / DuplikasiTidak boleh dikemas kini oleh pemohon




4. Rumusan JKKP8 Berdasarkan Pemberitahuan Kes

4.1 Cara Tentukan Jumlah Kes Kemalangan Pekerjaan

  • Klik butang “Butiran” di tab Kemalangan Pekerjaan atau Kejadian Berbahaya.

  • Lihat jenis Klasifikasi Kemalangan dan Bilangan Hari Tidak Bekerja.

Kiraan Berdasarkan Klasifikasi:

KlasifikasiBil. Hari Tidak BekerjaKesan pada Rumusan
Maut6000 hari+1 Kematian
+1 Kes Hilang Hari Bekerja
+6000 Hari Hilang Bekerja
+1 Kes Kemalangan
HUK / THUK / Kejadian Berbahaya
(≥ 1 hari hilang)
≥ 1 hari+1 Kes Hilang Hari Bekerja
+Bil. Hari Hilang
+1 Kes Kemalangan
HUK / THUK / Kejadian Berbahaya
(0 hari hilang)
0 hari+1 Kes Tanpa Hilang Hari Bekerja
+1 Kes Kemalangan
Bukan Kemalangan / Duplikasi0 atau ≥ 1 hariTidak akan dipaparkan dalam rumusan

4.2 Cara Tentukan Jumlah Kes Keracunan / Penyakit Pekerjaan

  • Klik butang “Butiran” di tab Keracunan dan Penyakit Pekerjaan.

  • Semak Kategori Kes dan Bil. Hari Tidak Bekerja.

Kiraan Berdasarkan Kategori:

KategoriBil. Hari Tidak BekerjaKesan pada Rumusan
Maut6000 hari+1 Kematian
+1 Kes Hilang Hari Bekerja
+6000 Hari Hilang Bekerja
HUK / THUK (≥ 1 hari hilang)≥ 1 hari+1 Kes Hilang Hari Bekerja
+Bil. Hari Hilang
HUK / THUK (0 hari hilang)0 hari+1 Kes Tanpa Hilang Hari Bekerja
NON / Duplikasi0 atau ≥ 1 hariTidak akan dipaparkan dalam rumusan




5. Pelaporan Sepanjang Masa (Perakuan JKKP8) Telah Tamat Tempoh

5.1 Kesan Jika Perakuan Sudah Tamat Tempoh:

  • Maklumat pemberitahuan (JKKP6, JKKP7, JKKP8, JKKP9, JKKP10):

    • Tidak boleh dikemas kini, hanya boleh dilihat.

  • Profil Tahun:

    • Tidak boleh dikemaskini jika tarikh akhir telah lepas.

  • Perakuan JKKP8:

    • Tidak boleh dihantar semula selepas tamat tempoh.

    • Slip perakuan juga tidak boleh dikemaskini